Salam Sejahtera kepada semua , pada hari yang berbahagia ini , persatuan puteri islam ingin berkongsi sedikit kata-kata hikmah kepada semua . Harap dimanfaatkan :)
Semailah islam di hati ,
Tanamlah iman nan suci
Bajailah takwa setiap hari
Berbuahlah bahagia hakiki
Islam itu indah , Indahkanlah hidupmu dengannya
Salam sejahtera kepada semua , pada 28.03.2012 telah diadakan latihan kawad kali buat kali kedua . Pada kali ini , kami telah didedahkan dengan tatacara yang betul untuk berkawad . Kami telah dibimbing oleh ketua kawad kami iaitu Balqish Norain dan dipimpin oleh Nur Khairunnisa untuk melakukan pergerakan yang betul .
Perjumpaan diadakan di gelanggang bola keranjang , kerana faktor keluasan tempat dan keselesaan yang terdapat di situ . Kami juga memakai baju uniform kawad puteri islam , manakala bagi yang terlupa membawa baju tersebut pula telah memakai baju sukan sekolah . Kami berusurai pada pukul 2:30 petang . Perjumpaan berjalan dengan lancar :)